27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PLUS ramal 2 juta kenderaan sehari sempena Aidilfiti

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meramalkan sebanyak dua juta kenderaan bakal menggunakan rangkaian lebuh rayanya setiap hari pada hari-hari puncak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding pada hari-hari biasa.

Katanya, hari puncak dijangka pada 20, 21, 24, 25 dan 29 April hingga 1 Mei serta 4 hingga 7 Mei depan.

“PLUS menyarankan agar orang ramai supaya merancang perjalanan dengan baik dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa di lebuh raya.

“Strategi-strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, pengurusan trafik di plaza tol, pengurusan kemudahan di kawasan rehat, hebahan maklumat trafik dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, PLUS akan mengadakan kolaborasi bersama Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meningkatkan tahap keselamatan, menempatkan pasukan bantuan kecemasan di 11 lokasi dan penugasan 269 pasukan peronda lebuh raya termasuk di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Selain itu, katanya, seramai 6,000 kakitangan akan bertugas sepanjang tempoh tersebut, PLUS juga akan mengeluarkan cadangan jadual perjalanan (TTA) dan tiada penutupan lorong bermula 19 April sehingga 1 Mei ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan