30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Mourinho terima tawaran lumayan Arab Saudi

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

ARAB Saudi dilaporkan menagih khidmat Jose Mourinho dengan tawaran lebih daripada 100 juta pound (RM547 juta) untuk kontrak selama dua tahun.

Pengendali dari Portugal itu kini membimbing kelab Roma sejak 2021 dan kontraknya pada ketika ini berlanjutan sehingga 2024 bersama pasukan gergasi Serie A itu.

Walaubagaimanapun, masa depan Mourinho bersama Roma mencetuskan persoalan dikaitkan  pertikaian mengenai pemindahan pemain serta kekecewaan mengenai prestasi Roma pada musim ini.

Perkembangan terkini Mourinho di Seria A membawa pengurusan utama Arab Saudi dalam percubaan memancing jurulatih Roma itu bagi mengendalikan pasukan kebangsaan Arab Saudi.

Advertisements

Menurut laporan, kelab Al-Nassr juga dikatakan berminat dengan Mourinho ketika pengendali skuad itu, Rudi Garcia dilaporkan mahu meninggalkan pasukan di akhir musim ini.

Andai ia menjadi realiti, pengendali berusia 60 tahun itu bakal digandingkan dengan Cristiano Ronaldo sekaligus menjadi sebagai pengurus yang menerima bayaran termahal.

Untuk rekod, Ronaldo dan Mourinho pernah berganding di Real Madrid selama tiga musim antara tahun 2010 dan 2013 dengan meraih gelaran La Liga dan Copa del Rey. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan