29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Bintang ‘Kamen Rider Hibiki’ meninggal dunia

Mesti Baca

TOKYO – Pelakon Jepun, Sei Ashina yang membawa watak Hime dalam siri adi wira Kamen Rider Hibiki dilapor meninggal dunia di kediamannya di sini, baru-baru ini.

Memetik Anime News Network, Ashina, 36,ditemukan abangnya di pangsapuri miliknya di Tokyo, Isnin lalu.

Polis mengesahkan kematian pelakon wanita itu dipercayai disebabkan tindakan bunuh diri.

Ashina memegang watak Hime dalam Kamen Rider Hibiki.

Ashina tidak meninggalkan sebarang nota namun laporan mendedahkan mendiang tidak menjawab panggilan telefon dan mesej sejak Ahad.

Mendiang dilahirkan di wilayah Fukushima dan memainkan watak You Hime “Hime” dalam siri Kamen Rider Hibiki pada tahun 2005-2006.

Advertisements

Dia juga pernah memegang watak Yuki Shinbo dalam siri sejarah NHK, Yae No Sakura pada 2013 .

Mula berlakon pada 2002 dalam rancangan televisyen The Tail Of Happiness, Ashina terus mengukir namanya dalam industri selepas berlakon dalam filem Silk pada 2007.

Mendiang turut membintangi beberapa filem lain termasuk Nanase: The Psychic Wanderers, The Emperor’s Cook dan Daisy Luck.

Kematian Ashina mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas beberapa selebriti turut mengambil tindakan sama sebelum ini termasuklah Haruma Miura dan Hana Kimura. – Agensi

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan