24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ahmad Fedtri kemalangan, isteri mohon doa orang ramai

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya,39,  terlibat dalam kemalangan jalan raya, malam tadi dan sedang menjalani rawatan di hospital.

Isteri Ahmad Fedtri, Nurul Anati Ismail,35, menerusi akaun instagram suaminya, memohon orang ramai mendoakan suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. 

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. 

Advertisements

“Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulisnya di instagram.

Hantaran itu kemudiannya mendapat reaksi teman-teman artis dan orang ramai yang mendoakan kesihatan Ahmad Fedtri.

Antaranya, Wany Hasrita, Zahiril Adzim, Hafiz Hamidun, Bob Yusof, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Semoga Ahmad Fedtri lekas sembuh.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan