33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Enam pelajar, tujuh guru positif Covid-19

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Sebanyak enam pelajar  dan tujuh guru dari tiga buah sekolah di Lahad Datu disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam satu kenyataan berkata, jangkitan itu adalah kes ke-921, ke-922 dan 925 hingga ke-935.

Menurutnya,  kesemuanya dikesan positif virus itu semasa pemeriksaan saringan kontak Kluster Benteng LD.

“Bagaimanapun, semua kes sudah berada di bawah jagaan Hospital Lahad Datu,” katanya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Christina berkata, seramai 35 orang kena tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (OPD) Lahad Datu juga disahkan positif Covid-19.

Menurutnya yang dipetik Harian Metro, ia membabitkan 20 lelaki bukan warganegara dan 15 lelaki warga tempatan iaitu kes ke-882 sehingga 916.

Sementara itu, Dr Christina berkata, sebanyak 937 kes positif Covid-19 direkodkan di Sabah, setakat semalam.

Jumlah berkenaan juga menunjukkan pertambahan 60 kes baharu di lima daerah seperti Lahad Datu (54), Sandakan (3), Tawai (1), Kunak (1) dan Kota Kinabalu (1).

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah lima angka iaitu 10,031 kes selepas 62 kes baharu direkodkan.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 668 kes.

Dr Noor Hisham berkata, daripada kes baharu itu, 61 kes mendapat jangkitan dalam negara membabitkan 41 warganegara dan 20 bukan warganegara manakala satu kes import melibatkan seorang warganegara yang pulang dari India.

Sebanyak 59 kes baharu adalah di Sabah melibatkan 48 kes daripada Kluster Benteng LD termasuk 20 bukan warganegara.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan