24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sabah: Shafie digesa tarik balik kenyataan

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Pemuda Barisan Nasional (BN) menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menarik balik semula kenyataan beliau supaya Kerajaan Malaysia dan Filipina berunding berhubung isu tuntutan Manila ke atas Sabah.

Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, apabila Shafie membuat kenyataan meminta rundingan antara kerajaan dengan kerajaan dilakukan, empat hari kemudian Filipina buka semula Jabatan menuntut Sabah.

“Berunding bererti mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah! Kerajaan Malaysia di bawah BN sebelum ini tidak pernah melayani tuntutan Filipina ke atas Sabah sehingga sudah lebih 30 tahun Jabatan Menuntut Sabah ditutup Kerajaan Filipina. 

“Pemuda BN desak Datuk Seri Shafie Apdal tarik balik kenyataan beliau supaya Kerajaan Malaysia dan Filipina berunding isu tuntutan ini!

Sabah milik Malaysia! Tiada keperluan berunding dan usah mengiktiraf sama sekali tuntutan Filipina ke atas kedaulatan Sabah,” katanya di Facebook.

Kelmarin, Filipina mengesahkan akan membuka semula Biro Borneo Utara selepas mendakwa seluruh dunia lupa tuntutan mereka ke atas Sabah.

Advertisements

Portal berita Filipina, Inquirer.net melaporkan Setiausaha Hal Ehwal Luar, Teodoro Locsin Jr membuat pengumuman itu ketika pendengaran jawatankuasa mengenai pengasingan bajet yang dicadangkan untuk Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA).

Locsin Jr dipetik sebagai berkata: “Kami tidak lupa” dan “ia membabitkan maruah kami”.

“Ketika kami berusaha melindungi perairan kami, kami tidak lupa wilayah daratan kami. Dalam usaha mendapatkan apa yang menjadi milik kami, saya memutuskan untuk menghidupkan semula Biro Borneo Utara selepas menyedari seluruh dunia lupa tuntutan Sabah kami, dengan kasual menyebutnya wilayah negara lain. Tetapi, kami tidak lupa.

“Ini satu daripada beberapa perselisihan antarabangsa yang kami boleh lakukan demi kepentingan terbaik kami tanpa sebarang risiko kerugian kepada negara kami. Ia membabitkan maruah kami.

“Sekarang, kami akan menghidupkan semula biro itu dan memastikan tiada sesiapa dibenar mempertikaikan tuntutan itu tanpa tentangan daripada kami,” katanya.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, Kuala Lumpur tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan