33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Menu Rahmah Non-Halal tepati prinsip ‘hifz an-hafs’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INISIATIF memperkenalkan Menu Rahmah Non-Halal untuk komuiti bukan Islam menepati prinsip hifz an-hafs, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Di bawah prinsip tersebut, katanya, kerajaan tetap memelihara persaudaraan, kesaksamaan dan menyantuni semua golongan masyatakat tanpa mengira kaum dan agama.

Untuk itu, beliau berkata, sebanyak 49 buah kedai di Johor telah menyahur inisiatif tersebtu dengan menawarkan Menu Rahmah Non-Halal di premis perniagaan masing-masing.

Katanya, penawaran menu serendah RM5 itu dilaksanakan bersama Persatuan Peniaga Makanan dan Minuman Taman Johor Jaya, Johor Baharu.

“Makanan bermasak yang seimbang akan dijual dengan harga RM5 dan ke bawah.

Advertisements

“Antara menu makanan yang ditawarkan termasuklah makanan laut, kepak ayam, mi sup, burger, lobak putih goreng, manisan, dan banyak lagi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Salahuddin berkata, orang ramai boleh melayari portal Menu Rahmah di laman web KPDN untuk mendapatkan lokasi premis-premis yang menjual makanan pada harga tersebut.

Program Menu Rahmah diperkenalkan oleh kerajaan bermula 31 Januari lalu sebagai usaha meringankan beban rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan