32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Umrah dibenarkan semula, terhad buat jemaah domestik

Mesti Baca

JEDDAH – Arab Saudi akan membenarkan ibadah umrah di Mekah diteruskan semula dalam masa terdekat.


Namun memetik Saudi Gazette, jumlah jemaah buat fasa permulaan diterhadkan dan hanya dibenarkan kepada jemaah domestik.

Kementerian Dalam Negeri semalam menarik balik sebahagian daripada sekatan perjalanan bermula hari ini ketika keseluruhan sekatan hanya berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.


Menurut kementerian itu, rancangan untuk menarik balik sekatan ibadah umrah akan dibuat secara berperingkat berikutan penularan Covid-19.


Mengikut sumber, jemaah domestik akan dibenarkan menunaikan umrah dengan syarat mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.


Adalah menjadi kemestian buat jemaah menyertakan sijil perubatan bagi membuktikan mereka disahkan negatif bagi Covid-19.

Advertisements


Ibadah umrah dibenarkan selaras dengan protokol pencegahan dan langkah berwaspada.


“Kementerian Haji dan Umrah akan mengumumkan terma dan syarat berhubung kebenaran itu dalam masa terdekat,” tambah sumber itu lagi.

 Menurut sumber itu, permohonan umrah juga akan dibuat secara dalam talian yang memperincikan tarikh dan masa ibadah umrah bagi setiap jemaah.


Ujarnya, permit umrah akan dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan.


Semalam, Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Hussein Al-Sharif mengesahkan kementeriannya sedang menilai kejayaan ibadah haji sebelum ini dalam meneruskan pelaksanaan ibadah umrah.

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan