27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 31, 2023

PN sudah didaftarkan, dakwaan tiada rekod tak berasas – JPPM

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menafikan dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) tiada rekod daftar parti dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas sama sekali.


Sebaliknya JPPM dalam satu kenyataan mengesahkan PN sudah didaftar dan diluluskan berkuatkuasa pada 7 Ogos lalu di bawah kategori politik selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

“Sijil pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti sudah ditandatangani dan dikemukakan kepada Parti Perikatan Nasional sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan.

“Oleh itu, JPPM sekali lagi menegaskan kenyataan ‘Perikatan Nasional Tiada Rekod Daftar Parti’ adalah tidak berasas sama sekali,” katanya hari ini.

Terdahulu Pemuda PKR mendakwa tidak ada rekod pendaftaran parti PN ditemui hasil semakan dibuat melalui laman sesawang JPPM.

Naib Ketua Pemudanya Syed Badli Shah Syed Osman berkata, beliau sendiri sudah membuat semakan itu dan setakat pukul 2.22 pagi hari ini tiada rekod berkaitan berjaya dipaparkan.

JPPM bagaimanapun menjelaskan, dakwaan maklumat kelulusan PN tidak terdapat dalam sistem JPPM adalah tidak benar kerana sistem di laman sesawang jabatan itu bagi kelulusan sesebuah pertubuhan dikemaskini secara automatik setiap dua bulan.

Baca juga:   Radzi dituntut buat keputusan berdasarkan hujah data dan sains

“Kelulusan PN hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang JPPM pada awal Oktober ini, ini memandangkan Parti Perikatan Nasional diluluskan pada Ogos 2020 

“Namun, sekiranya ada carian khusus dalam sistem pertubuhan eROSES ia akan jelas memaparkan Parti Perikatan Nasional diluluskan pada tarikh 7 Ogos lalu. Maklumat parti yang terdapat dalam sistem eROSES hanya boleh diakses setiausaha parti tersebut sahaja,” katanya.

Baca juga:   Kemenangan PN bukti rakyat tolak kerajaan campuran PH-BN

Wartawan

Terkini

RM51.8 juta hasil jualan inovasi menerusi NTIS

SEBANYAK RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). NTIS diterajui oleh Kementerian Sains,...

Lagi Artikel Berkaitan