25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM kagum semangat juang peniaga OKU

Mesti Baca

MELAKA – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memuji semangat juang peniaga yang terus  berusaha dan tabah mengharungi dugaan di sebalik pelbagai rintangan dialami mereka.


Menurut Perdana Menteri, peniaga yang rajin berusaha dan tabah menghadapi segala rintangan, InsyaAllah mereka akan berjaya. 

“Saya berdoa agar sektor pelancongan di Melaka dan seluruh negara,  akan pulih pasca Covid-19 ini. 


“Pihak Kerajaan akan terus berusaha dan meneruskan inisiatif pelancongan untuk memulihkan dan seterusnya merancakkan kembali ekonomi negara,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa meninjau bazar rakyat, Pahlawan Walk Market selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada tinjauan itu, Muhyiddin bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sempat makan tengah hari di Medan Selera Asam Pedas Jr yang terletak di kawasan bazar tersebut.

MUHYIDDIN meninjau bazar rakyat, Pahlawan Walk Market selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sebuah hotel di sini hari ini.


Perdana Menteri berkata, beliau begitu kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh pemilik Medan Selera Asam Pedas Jr, Khairul Md Nor, 35 tahun, dalam menguruskan kedai makanan beliau sejak 15 tahun lalu. 


Katanya, beliau dapat lihat kedai Khairul mendapat tempat di hati pengunjung bazar dalam kalangan pelancong dan warga bandaraya ini.

Advertisements


“Khairul yang  terlibat dalam kemalangan pada 2008 sehingga terpaksa bertongkat dan bergelar OKU tetap cekal  menguruskan kedai makannya.


“Dari hanya sebuah kios kecil, beliau kini memiliki restoran, ladang ternak lembu di Jasin dan Alai, kedua duanya di Melaka, sebuah agensi pengurusan umrah dan kilang memproses hasil ikan untuk dibuat pes asam pedas dan sebuah kedai gambar.  


“Beliau mengusahakan  pes asam pedas yang dipasarkan di sekitar Melaka dan negeri-negeri lain.


“Ini menunjukkan jika kita rajin berusaha dan tabah menghadapi segala rintangan, Insya-Allah kita akan berjaya. Syabas Encik Khairul,” katanya.

MUHYIDDIN meninjau bazar rakyat, Pahlawan Walk Market selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sebuah hotel di sini hari ini


Sementara itu, Muhyiddin percaya, kepelbagaian barangan yang dijual di bazar rakyat itu akan menjadi daya tarikan bukan sahaja kepada penduduk tempatan malah pelancong yang datang ke Melaka.

“Alhamdulillah, nampaknya ramai pengunjung yang datang ke bazar ini yang menjual pelbagai jenis barangan tradisional dan moden, kraftangan serta cenderahati. 


“Kepelbagaian barangan yang dijual di bazar ini pastinya menjadi daya tarikan bukan sahaja kepada penduduk tempatan malah pelancong yang datang ke negeri Hang Tuah ini,” katanya.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan