Thursday, June 4, 2026

Azeem raih emas 100 meter di AS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi melakar kejutan apabila memenangi acara final 100 meter (m) Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi.

Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn itu menambatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan 10.32 saat (s) dalam kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track, Tallahassee, Florida itu.

Pelari pecut itu meninggalkan sembilan pelari lain termasuk Andre Ewers (10.49s) di kedudukan kedua dari Florida State University, sementara Trei Thorogood (10.51s) mewakili Universiti Syracuse ketiga.

Ini merupakan penyertaan sulung Muhammad Azeem dalam acara luar dewan sejak menyambung pengajian di Amerika Syarikat (AS).

Muhammad Azeem sebelum ini membuat tiga penampilan dalam kejohanan dalam dewan dan berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara pecut 60m lelaki dalam kejohanan Tiger Paw International baru-baru ini. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan