24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lim dakwa Wan Fahysal buat laporan palsu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI kebangsaan DAP, Lim Guang Eng menyatakan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fahysal terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya berhubung polemik pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary sebagai palsu.

Lim yang juga bekas Menteri Kewangan turut mengingatkan Wan Fahysal melakukan laporan palsu merupakan satu kesalahan jenayah yang tertakluk di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dengan merujuk laporan polis yang dibuat Wan Fahysal terhadap PM dan dirinya sendiri pada Jumaat lalu.

Jelas Lim, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat dakwaan palsu terhadap dirinya selalu bekas Menteri Kewangan mengenai pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary yang telah diluluskan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Anwar bercakap benar apabila beliau berkata rekod dengan Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa sebagai menteri kewangan dari Mei 2018 hingga Februari 2020, saya tidak pernah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary. 

“Ini disokong oleh kegagalan Muhyiddin menunjukkan sebarang bukti atau menunjukkan surat pembatalan daripada saya semasa saya menjadi Menteri Kewangan. 

“Anwar juga betul  dengan menyatakan bahawa pembatalan status pengecualian cukai terletak pada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukannya Perdana Menteri atau Menteri Kewangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Wan Fahysal bersama beberapa pimpinan Pemuda Bersatu telah membuat laporan polis terhadap Anwar dan Lim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi atas kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat.

Wan Fayhsal mendakwa penjelasan Anwar berhubung kuasa pengecualian cukai berada di bawah hak mutlak ketua pengarah LHDN dan bukannya menteri atau perdana menteri mengikut subseksyen 44(6) Cukai Pendapatan Akta 1967 adalah sebgai mengelirukan di Dewan Rakyat.

Advertisements

Ahli Parlimen Machang itu juga turut mendakwa bahawa Anwar selaku menteri kewangan gagal menyebut subseksyen 44(6) yang membolehkan Lim, yang ketika itu menteri kewangan, merayu sebarang keputusan yang dibuat oleh ketua pengarah LHDN.

Dalam pada itu, Lim turut membidas Wan Fahysal dalam dakwaannya menteri kewangan gagal menyebut subseksyen 44(6) yang membolehkan Lim sebagai menteri kewangan ketika itu merayu sebarang keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah LHDN sebagai jahil dengan pengetahuan ekonomi. 

“Saya tidak melihat fail Yayasan Albukhary semasa saya menjadi menteri kewangan dan tidak berada dalam kedudukan untuk memutuskan sebarang rayuan kerana tiada satu pun dibuat oleh Yayasan Albukhary kepada saya. 

“Jelas sekali tiada pembatalan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa saya menjadi menteri kewangan. Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat sebarang pembatalan terhadap status pengecualian cukai Yayasan Albukhary seperti yang didakwa Muhyiddin. 

“Jika ada pembatalan sedemikian, maka ia hanya boleh dilakukan semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri,” kata Lim lagi.

Menurut Lim, Wan Fayhsal sepatutnya memujuk Muhyiddin untuk mengeluarkan sebarang bukti surat pembatalan oleh beliau kepada Yayasan Albukhary. 

“Jika Muhyiddin gagal berbuat demikian, maka kedua-dua Muhyiddin dan Wan Fayhsal membuat dakwaan kosong yang tidak berasas dan palsu,” dakwanya. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan