Tuesday, July 21, 2026

Azeem bantu kuartet Universiti Auburn menang emas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi melakar kejayaan baharu di bumi Amerika Syarikat apabila meraih emas dalam acara 4×100 meter (m) di Kejohanan Jemputan Alumni Cameron Burrell di Houston.

Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn meraih emas bersama tiga lagi pelari seperti Ian Myers, Favour Ashe dan Charlie Sexton.

Kuartert itu berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 40.60 saat (s).

Muhammad Azeem pada bulan lalu berjaya meraih emas acara 100m Kejohohanan Florida State University (FSU) Relays baru-baru ini dengan catatan masa 10.31s.

Itu merupakan kejohanan tunggal bagi acara 100m disertai Muhammad Azeem sejak menyertai Universiti Auburn pada akhir tahun lalu.

Atlet muda negara itu sebelum ini membuat tiga penampilan dalam kejohanan olahraga dalam dewan dan berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara pecut 60m lelaki dalam kejohanan Tiger Paw International. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan