27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

RUU lulus, perlakuan mengendap dikategori jenayah

Mesti Baca

PERLAKUAN mengendap (stalking) kini dikategori sebagai kegiatan jenayah dan pelakunya bakal berdepan hukuman di bawah Kanun Keseksaan.

Ini berikutan dua rang undang-undang (RUU) berkaitannya telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Negara pada Khamis setelah dibentang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

Dua RUU terbabit ialah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Negara semalam.

“Kedua- dua Rang Undang-Undang berkenaan telah diluluskan oleh Dewan Negara dengan sokongan sebulat suara daripada kesemua pembahas, tanpa sebarang pindaan.

“Dengan kelulusan kedua-dua RUU tersebut, perlakuan menghendap (stalking) akan menjadi satu kesalahan jenayah yang membolehkan pelaku disiasat dan dikenakan hukuman di bawah Kanun Keseksaan,” kata kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri malam tadi.

Manakala pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah pula, kata kenyataan itu, telah memberikan mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat atau dituduh dengan kesalahan menghendap dengan tujuan untuk melindungi mangsa perlakuan menghendap tersebut.

Jelasnya, dengan adanya peruntukan baharu dalam undang-undang berkaitan kesalahan menghendap tersebut, akan dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan diri mereka dalam hal ini adalah dilindungi dan terjamin.

Katany, ini selaras dengan hasrat dan komitmen kerajaan untuk menambah baik dan memperkasakan undang-undang sedia ada dan meletakkan kedudukan Malaysia setara dengan negara lain yang telah lama mewujudkan undang-undang berkaitan kesalahan menghendap. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan