32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Burnley kembali ke EPL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BURNLEY bakal kembali bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas layak secara automatik susulan kemenangan ke atas Middlesbrough 2-1 dalam aksi Liga Kejohanan (EFL) awal pagi tadi.

Skuad The Clarets yang dibimbing Vincent Kompany layak selepas merekodkan perbezaan 19 mata berbanding pasukan di tangga ketiga, Luton Town.

Untuk rekod, dua kelab teratas EFL layak secara automatik ke EPL sementara pasukan di tempat ke tiga hingga enam perlu bersaing secara play-off untuk merebut satu lagi tempat promosi ke divisyen teratas piramid bola sepak Inggeris.

Pemain The Clarets meraikan kejayaan layak secara automatik ke EPL bersama penyokong awal pagi tadi. Foto: Burnley FC

Perlawanan antara Burnley dan Middlebrough menjadi tumpuan pagi tadi selepas Luton gagal mencatat kemenangan ke atas Milwall sekali gus secara matematiknya mereka gagal berada di kedudukan dua teratas liga.

Anak buah Kompany merupakan pilihan juara musim ini selepas hanya merekodkan tiga kekalahan, mencipta jaringan terbanyak dengan 76 gol dan rekod bolos terendah dengan 30 gol.

Pemain pinjaman dari Southampton, Nathan Tella menjadi watak penting dalam kejayaan Burnley musim ini apabila menjaringkan 17 gol dan mencipta tiga bantuan jaringan.

Vincent Kompany (kiri) cemerlang dalam musim pertamanya di liga Inggeris apabila membawa Burnley kembali ke EPL. Foto: Burnley FC

Ini merupakan musim pertama Kompany bersama Burnley selepas dilantik bagi menggantikan Sean Dyche.

Kunci utama kejayaan Kompany di Turf Moor adalah kebijaksanaan taktikal dan perpindahan pemain yang dibawa masuk bagi memperkuatkan The Clarets.

Antara pemain yang menyinar di bawah bimbingan Kompany adalah Manuel Beson, Josh Cullen dan Anass Zaroury. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan