24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Napoli hampiri kejuaraan Scudetto

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NAPOLI semakin menghampiri kejuaraan Scudetto dalam tempoh 33 tahun selepas menundukkan Lecce, 2-1 dalam aksi Serie A pagi tadi.

Anak buah Luciano Spaletti itu kini berkelebihan 19 mata di puncak liga berbanding pencabar, Lazio yang akan turun beraksi hari ini menentang Juventus.

Napoli yang tewas mengejut 4-0 kepada AC Milan Ahad lalu kini semakin hampir dinobatkan sebagai juara liga sejak 1990 dengan hanya berbaki sembilan perlawanan.

Dalam aksi yang dikuasai penuh skuad bimbingan, Napoli terlebih dahulu di depan menerusi Giovanni Di Lorenzo yang menanduk masuk hantaran silang pertahanan, Kim Min-jae.

Lecce bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit selepas babak kedua bermula hasil jaringan Federico Di Francesco.

Advertisements

Semangat Lecce bagai direntap selepas itu apabila Napoli kembali berada di depan 2-1 yang berpunca daripada kesilapan penjaga gol yang gagal menangkap bola hantaran menerusi dada Antonino Gallo pada minit ke-64.

Napoli kini di kedudukan teratas Serie A selepas mengutip 74 mata daripada 29 perlawanan.

Sementara itu dua kelab Milan, Inter dan AC gagal mencatat kemenangan dalam aksi yang berlangsung awal pagi tadi.

Inter yang bertandang ke Stadio Arechi dipaksa seri 1-1 dengan Salernita apabila bekas pemain sayap Nerazzuri, Andrea Candreva menjaringkan gol pada minit ke-90 bagi memadam kelebihan jaringan Robin Gosen.

Dalam aksi di San Siro pula, AC Milan gagal mencetak sebarang jaringan ketika melayan kunjungan Empoli biarpun melakukan 23 percubaan dalam perlawanan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan