27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sindiket bekal PATI untung lebih RM4 juta setahun tumpas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sebuah sindiket yang mengaut keuntungan lebih RM4 juta setahun membekalkan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan pelekat palsu Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Sindiket ini dipercayai mengaut keuntungan sebanyak RM4.5 hingga RM5 juta setahun hasil kegiatan haram yang dilakukan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, sindiket didalangi warga asing itu diserbu menerusi operasi dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM serta dibantu Bahagian Penguatkuasaan, Putrajaya pada 5 dan 6 April lalu.

Menurut beliau, pasukan operasi telah menyerbu sebuah kilang dan asrama pekerja asing di Selangor serta pejabat operasi sindiket yang terletak di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan tersebut pasukan operasi telah menahan seramai 65 orang PATI melibatkan 43 orang lelaki warganegara India, 20 orang lelaki warganegara Bangladesh dan 2 orang lelaki warganegara Pakistan yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 45 tahun.

“Dalang utama sindiket seorang lelaki warganegara India turut berjaya ditahan. Hasil semakan awal mendapati suspek yang berusia 45 tahun itu memegang Pas Ekspatriat yang tulen.

“Hasil soal siasat dan pengakuan daripada suspek ini, pasukan operasi telah bergerak ke Seremban dan berjaya menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang merupakan orang kanan sindiket.

“Semakan mendapati suspek yang berusia 30 tahun ini menggunakan PLKS untuk bergerak bebas di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Ruslin lagi, modus operandi sindiket ialah dengan menubuhkan syarikat yang membekalkan tenaga kerja asing dan menawarkan tenaga kerja kepada majikan serta kilang yang memerlukan pekerja.

Advertisements

Sekiranya dipersetujui menurut beliau, sindiket akan membekalkan pekerja asing tadi yang telah diberikan pelekat PLKS palsu.

“Ini bertujuan supaya majikan atau kilang mempercayai bahawa mereka merupakan pekerja yang sah berdasarkan pelekat yang tertera di pasport.

“Sindiket akan mengenakan bayaran sebanyak RM6000 untuk setiap pekerja warga asing yang inigin mendapatkan PLKS bagi membolehkan mereka bekerja di kilang tersebut.

“Sementara majikan atau kilang yang menggunakan pekerja asing ini perlu membayar gaji pekerja kepada syarikat sindiket berkenaan.

Dalam operasi ujar beliau, pihaknya turut dirampas 62 naskah pasport terdiri dari 40 pasport India, 20 pasport Bangladesh, 2 pasport Pakistan yang didalamnya terdapat pelekat PLKS palsu serta 8 keping pelekat PLKS palsu yang belum dilekat di dalam pasport.

“Kesemua yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta AMLATFPUAA 2001.

Ujarnya, kesemua ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“JIM komited untuk membanteras membanteras keberadaan PATI di negara ini dan akan meneruskan penguatkuasaan undang-undang serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bersekongkol melindungi PATI,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan