31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pemimpin parti politik guna gelaran ‘Datuk’ palsu disiasat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemimpin bahagian sebuah parti politik yang didakwa menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu untuk tujuan perniagaan dan peribadi kini disiasat polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.

“Ya, memang ada, ia masih dalam siasatan dan ada arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan pencerahan selanjutnya,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Terdahulu, sebuah portal tempatan mendedahkan seorang pemimpin politik didakwa menggunakan gelaran Darjah Kebesaran Istana Pahang palsu untuk tujuan peribadi dan perniagaannya.

Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Mohammad Afiq Tahar membangkitkan isu tersebut dengan membuat satu laporan polis pada 7 Mac lalu kerana mendapati wujud unsur-unsur penipuan oleh individu terbabit.

Advertisements

Lebih awal lagi, Januari lalu, Kerajaan negeri Pahang mengeluarkan notis Awam menyenaraikan 29 nama individu yang tiada dalam senarai penerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur.

Ia susulan kes pemalsuan penerima pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri, sebelum ini.

Notis yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkenaan dikongsikan di Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan