26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

ABIM kecam serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya kekejaman terbaharu yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin di Masjidi Al-Aqsa.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menegaskan, tindakan itu sebagai perbuatan biadab kerana dilakukan ke atas umat Islam sedang beribadah sempena Ramadan yang secara terangan tidak memberi sebarang ancaman keselamatan.

Katanya, kekejaman itu merupakan jenayah kemanusiaan kerana membabitkan masyarakat awam termasuk wanita serta kanak-kanak.

“ABIM menggesa masyarakat antarabangsa membuka mata serta menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin yang secara berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis yang melangkaui norma kemanusiaan sejagat.

“ABIM juga menuntut pemimpin dunia khususnya dalam kalangan negara Islam termasuk Malaysia membuktikan solidariti dengan mengenakan tekanan politik sehingga kekejaman ini dihentikan sama sekali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Rejim Zionis melakukan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa pada 5 April lalu yang mengakibatkan tujuh cedera sementara ratusan yang lain cedera.

Dilaporkan bahawa 400 umat Islam Palestin ditangkap dalam insiden kali ini yang menyebabkan kerosakan teruk kepada beberapa fasiliti utama masjid berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ABIM mengecam tindakan rejim Zionis yang turut bertindak kejam memukul para jemaah menggunakan belantan dan senapang hingga menyebabkan kecederaan dan sesak nafas.

“Saksi turut menyatakan bahawa polis Zionis Israel menggunakan kekerasan berlebihan apabila melempar bom tangan dan gas pemedih mata ke arah jemaah yang sedang menunaikan solat dan bertadarus al-Quran,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan