31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Perkhidmatan rel, bas prasarana capai sejuta penumpang sehari

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEJARAH tercipta dalam sejarah pengangkutan awam negara pada 21 Mac lalu apabila jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia (Prasarana) mencecah sejuta penumpang dalam sehari.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, pencapaian itu merupakan angka tertinggi  sejak negara beralih ke fasa endemik dengan lonjakan daripada 846,000 penumpang sehari untuk tempoh 1 Januari hingga 15 Mac tahun ini.

“Daripada jumlah ini, perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mencatatkan seramai 767,000 penumpang manakala perkhidmatan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) telah mencatatkan 235,000 penumpang, angka tertinggi bagi perkhidmatan bas semenjak pandemik.

“Sebelum Covid-19 mula melanda negara pada awal tahun 2020, purata penumpang yang menggunakan perkhidmatan Prasarana adalah kira-kira 1.2 juta orang sehari,” katanya menerusi satu kenyataan kepada media hari ini.

Advertisements

Jelas Prasarana lagi, angka sejuta penumpang sehari tersebut termasuk purata 100,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sejak ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mac lalu.

Tambahnya, para penumpang kini menikmati tambang percuma bagi pengguna perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya, termasuk bas perantara bagi MRT Laluan Putrajaya dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, sehingga 31 Mac depan.

“Prasarana mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan akan terus berusaha untuk memastikan faktor keselamatan, kelancaran dan kestabilan perkhidmatan dipelihara untuk manfaat orang ramai,” jelasnya. – EDISI9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan