32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Pemancing jumpa rangka manusia tepi sungai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENGEJUTKAN!!.

Itulah situasi yang berlaku apabila seorang pemancing menemui satu rangka manusia di tepi sungai berdekatan Ladang Tereh Mill di Kluang pada pukul 6 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Paloh pukul 8.30 malam.

“Tempat kejadian merupakan tepi sungai Ladang Tereh Mill di bawah kawasan pentadbiran Balai Polis Paloh.

“Mayat tanpa indentiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

“Mayat dalam keadaan mengereng dan hampir keseluruhan mayat sudah kelihatan tulang dan rangka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan terhadap mayat dibuat pasukan forensik dan mendapati terdapat baju T warna biru serta terdapat juga baju sejuk berlengan panjang.

Bahrin berkata, tiada sebarang dokumen peribadi pada badan mayat.

Baca juga:   155 kenderaan halang laluan dikompaun, tunda

“Mayat kemudiannya dihantar ke Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat dan kes diklasifisasiakn sebagai kematian mengejut (SDR),”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan