Saturday, June 13, 2026

Zahid bertemu ketua-ketua baharu sayap UMNO

Mereka mempunyai tanggungjawab besar memperkuat parti walaupun sedang melalui senario politik mencabar

Mesti Baca

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua sayap parti yang baharu dipilih dalam pemilihan UMNO yang berlangsung minggu lalu.

Mereka terdiri daripada Ketua Wanita, Datuk Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Dr Akmal Saleh serta Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Hadir sama, Naib-naib Ketua sayap tersebut iaitu Datuk Norliza Abdul Rahim (Wanita), Mohd Hairi Mat Shah (Pemuda) dan Siti Sokhleha Nordin (Puteri).

Dalam pertemuan itu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihati mereka agar bekerja dengan penuh dedikasi dan menjalankan amanah dengan seikhlas hati untuk melaksanakan hasrat ahli-ahli parti.

“Kita mempunyai tanggungjawab besar dalam memperkuat parti, walaupun kita sedang melalui senario politik yang mencabar,” katanya menerusi Facebook beliau.

Zahid berkata, setiap tanggungjawab yang dipikul pasti akan didatangi pelbagai ujian dan cabaran.

Namun, katanya, sekiranya ujian itu dilakukan bersama, ia akan membuahkan output yang memberikan kelebihan bukan sahaja kepada ahli parti tetapi rakyat secara keseluruhannya.

Pada pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 baru lalu, Noraini berjaya mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO mengatasi cabaran pemimpin veteran, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang membuat penampilan semula selepas melepaskan jawatan itu pada 2018.

Dr Akmal pula berjaya mengatasi cabaran empat penjuru dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO manakala Nurul Amal pula mengatasi lima lagi lawan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan