28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dua lelaki dituduh jual gelaran ‘Datuk Seri’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam hari ini kerana disyaki menjual gelaran ‘Datuk Seri’ dari Istana Selangor pada harga RM600,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang mangsa pada Februari lalu yang mendakwa dirinya ditipu dalam urusan mendapatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Katanya, untuk meyakinkan mangsa yang juga warga tempatan, saspek telah memberikan sepucuk surat yang kononnya dikeluarkan pihak istana bagi pengurniaan darjah tersebut.

“Akibat terpedaya, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM140,000 secara berperingkat. Namun, mangsa berasa telah ditipu apabila namanya tiada dalam senarai penerima darjah.

“Mangsa tidak menjelaskan baki bayaran kepada saspek sebaliknya membuat laporan polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Hussien berkata, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah penipuan.

Susulan itu kata beliau, polis melakukan dua serbuan pada 15 dan 17 Mac lalu di Melaka dan Selangor.

“Hasil serbuan tersebut polis berjaya menangkap dua saspek lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Turut dirampas adalah surat yang dipercayai palsu dan beberapa telefon bimbit yang digunakan kedua-dua saspek dalam aktiviti penipuan ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan