24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jaja isu Melayu… Relevan lagikah suara Mahathir?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

MAHATHIR meroyan lagi. Isu yang dibawa seperti biasa… Melayu hilang kuasa, Melayu… Melayu… dan Melayu.

Peliknya, beliau bukan main lantang memperjuangkan nasib Melayu ketika sudah hilang kuasa dan pengaruh. Masa berkuasa Melayu diperlekeh, dihina dan dinista.

Melayu pemalas, Melayu harapkan subsidi, Melayu perasuah dan macam-macam gelaran sehinggakan begitu rimas sekali.

Orang Melayu tidak lupa selama 22 bulan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua bagaimana dia melayan orang Melayu yang menagih bantuan ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Apa jawapannya? Melayu kena ikat perut. Melayu kena kerja kuat dan macam-macam lagi seolah-olah orang Melayu menjadi beban kepada kerajaannya ketika itu.

Apabila dia bercakap konon orang Melayu akan hilang kuasa dan kerajaan perpaduan hari ini tidak memberi tumpuan kepada masalah orang Melayu kerana ditakrif sebagai perkauman, lalu apakah 22 bulan sebagai PM di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), dia memperjuangkan nasib Melayu?

Mahathir membawa parti Bersatu bergabung dengan DAP di bawah PH semata-mata mahu menumbangkan UMNO dalam PRU-14 lalu.

Aku percaya apa yang dicakapkan itu bertolak daripada pengalamannya sendiri selama 22 bulan selepas memenangi PRU-14 lima tahun lalu.

Usahkan nak membela nasib Melayu dan bumiputera, khabarnya nak meluluskan projek pengambilalihan lebuh raya pun tak berdaya.

Sekarang nak bercakap soal Melayu dan konon hanya parti Melayu dan mempunyai semangat kemelayuan sahaja dapat membela nasib orang Melayu.

Mahathir juga bukan main lantang menentang kerjasama antara UMNO dan DAP seolah-olah satu dosa besar baginya.

Advertisements

Walhal dia sendiri yang sanggup menjilat kahak sendiri apabila ‘berpelukan’ dengan DAP sebelum PRU-14 lalu semata-mata mahu menumbangkan UMNO dan BN.

Hari ini dia pula marah orang lain ‘peluk’ DAP. Apakah ini dinamakan cemburu?

Bagi aku, eloklah Mahathir bersara daripada arena politik. Dalam usia 97 tahun dan sudah beberapa masuk hospital kerana kesihatan apa lagi yang mahu dikejar.

Ditolak oleh rakyat Langkawi dalam PRU-15 hingga hilang deposit amat memalukan bagi seorang negarawan tersohor dan terhebat sepertinya.

Malahan dia sendiri sudah beberapa ditendang keluar masuk pelbagai parti… daripada keluar masuk UMNO kemudian tubuh Bersatu nak tumbangkan UMNO, kemudian tubuh Pejuang, keluar daripada Pejuang masuk parti Putera.

Apakah Mahathir sedang berusaha mahu menjadi PM buat kali ketiga? Aduhhh… sudah-sudahlah atok! Berehatlah.

Mahathir sudah tidak relevan dan menjual ‘Melayu’ sebagai modal untuk menagih sokongan pun sudah tidak laku.

Sekarang sudah 2023 dan politik negara sudah dinamik. Kedinamikan politik Malaysia tidak memerlukan pemimpin berfikiran old school seperti Mahathir.

Jadi, usah pedulilah kepada Mahathir. Biarlah dia melalak bersendirian kerana bak kata orang, kalau tidak bercakap soal politik Mahathir akan menjadi lemah, tak berdaya dan otak menjadi beku.

Sebab itulah dia akan mencari apa sahaja modal untuk bercakap politik kerana itu sahaja tonik baginya untuk terus hidup!


"Aku percaya mereka pun tidak menduga Mahathir sanggup bertindak sejauh ini, menelan segala kahak yang diludah ke muka DAP sebelum ini dan menjilat-jilat bait-bait kata dalam sajak Melayu Mudah Lupa yang digarapnya sebelum ini." - [Kahak: 48] 
Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan