26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Gagal bayar hutang, Norjuma diisytihar bankrap

Beliau gagal melunaskan tuntunan RM260,400 yang dibuat oleh syarikat Fame Up Entertainment pada 2022.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEBRITI yang berkecimpung dalam dunia usahawan, Norjuma Habib Mohamed diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan bankrap itu diputuskan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Siti Zulaikha Nordin berikutan kegagalan Norjuma selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntunan berjumlah RM260,400 yang dibuat oleh syarikat Fame Up Entertainment pada 2022.

Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan dilaporkan berkata, notis kebangkrapan itu difailkan pada 26 Oktober tahun lalu.

“Mahkamah telah mengisytiharkan Norjuma bankrap, buat masa sekarang kami akan teruskan dengan failkan perintah mahkamah dan Jabatan Insolvensi akan teruskan dengan proses kebangkrapan.

“Tiada peguam bagi pihak Norjuma dan dia juga tidak hadir ke Mahkamah Tinggi pada hari ini, notis telah diberikan kepada Norjuma, mahkamah juga telah keluarkan perintah, namun dia tidak hadir,” katanya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini.

Sebelum ini, syarikat Fame Up memfailkan Notis Bankrap di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma bagi menuntut usahawan selebriti berkenaan membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Baca juga:   Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur 'wang kutu'

Selain itu, usaha untuk menahan Norjuma yang dikenakan waran tangkap oleh mahkamah.

Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berkaitan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

Baca juga:   Ayuh sokong skuad Harimau Malaya julang Piala Raja Thai - PM

Menurut Muhammad Hassanuddin, prosedur untuk waran tangkap masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan