25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Wakil pelajar jadi mata dan telinga, suarakan isu kebajikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAP wakil pelajar bertanggungjawab menjadi mata dan telinga dalam menyuarakan dan menyelesaikan apa-apa isu yang berkaitan kebajikan pelajar.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, wakil pelajar juga bertanggungjawab dengan menyebar luas maklumat kepada pelajar dan seluruh warga POLYCC seperti mana yang telah ditekankan dalam salah satu Prinsip 3K POLYCC iaitu ‘Kebajikan’.

“Anda adalah sebagai ejen POLYCC dan pengantara dan penghubung utama di antara pelajar POLYCC dengan pengurusan tertinggi dalam menyuarakan dan menyelesaikan apa-apa isu yang berkaitan kebajikan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Polytechnic and Community College’s Student Leaders Management Training 2023 (POLYCC-SMART’23) yang berlangsung di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor.

Pada mmajlis itu, beliau turut menyempurnakan watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (MPPPK) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Kebangsaan (JPPKKK) bagi Sesi 2023/2024.

Advertisements

Seramai 36 Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (MPPPK) dan 20 Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti hadir menerima watikah tersebut.

Dalam pada itu beliau juga yakin dalam kalangan pemimpin pelajar POLYCC, ada yang berpotensi untuk menjadi pemimpin yang hebat sekiranya diberi peluang dan digilap dengan cara yang betul dan menjadi aset kepada negara yang tidak ternilai harganya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Kanan (Kompetensi), Ts. Zainab Othman, Pengarah-pengarah Bahagian JPPKK serta Pengarah-pengarah POLYCC.

Bagi sesi 2023/2024 kali ini, Muhammad Syahmi Aqil Mohd Syahrem yang merupakan YDP Politeknik Ungku Omar (PUO) telah dilantik sebagai Presiden MPPPK manakala Amierah Ad Darayaani Abdul Rahman merupakan YDP Kolej Komuniti Shah Alam pula dilantik sebagai Presiden JPPKKK.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan