28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

KJ tidak tolak kemungkinan kembali kepada UMNO

Khairy berpandangan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad perlu diberi tempat sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, tidak menolak kemungkinan akan kembali semula kepada UMNO.

“Mungkin ramai yang kritik saya – ‘KJ bukan orang UMNO lagi, tak perlu sibuk-sibuk’ – ya betul, tapi saya sayangkan UMNO.

“InsyaAllah mana tahu, satu hari nanti saya akan kembali ke parti keramat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, beliau turut menyuarakan pandangannya berhubung Pemilihan UMNO yang berlangsung hari ini membabitkan pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Beliau juga berpandangan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad merupakan seorang figura politik hebat yang perlu diberi tempat sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO.

Khairy berkata, dengan kejayaan cemerlang beliau mentadbir Johor (yang menyaksikan kemenangan besar BN pada PRN Johor Mac tahun lalu), peranan Hasni sebagai Naib Presiden nanti dilihat mampu membawa kesegaran kepada barisan kepimpinan tertinggi parti terbesar orang Melayu ini.

Advertisements

“Selepas prestasi terburuk UMNO dan BN dalam PRU-14 lalu, UMNO perlukan perubahan pemikiran, pendekatan dan kesegaran dalam pentadbiran.

“Setelah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, para pemimpin di bawah dua jawatan tertinggi ini perlu diisi oleh individu yang kuat bekerja, berfikiran kritis, berani, memahami sentimen akar umbi, bersifat pejuang dan ‘realist’.

“Kesemua ciri ini ada pada Hasni. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO perlu berdepan dengan realiti bahawa parti ini kini ditolak rakyat khususnya orang Melayu.

“Selaku Ketua UMNO Bahagian Pontian iaitu kawasan selamat UMNO, Hasni berani dicaturkan di Simpang Renggam pada PRU-14 lalu bagi mendepani, dan seterusnya dapat mengalahkan calon PH, Dr Maszlee Malik yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Khairy berkata, kepada para perwakilan, dengarlah suara rakyat biasa yang berada di luar kepompong UMNO.

“Pilihlah yang terbaik di kalangan yang baik-baik. Doa saya sentiasa bersama,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan