27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kes positif Covid-19 kembali cecah 3 angka, kali kedua minggu ini

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di negara ini kembali meningkat kepada tiga angka hari ini dengan jumlah 182 kes membabitkan 181 kes penularan tempatan dan satu kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, peningkatan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 9,810 kes dengan jumlah kebolehjangkitan 501.

Menurutnya, kes baharu yang dicatatkan itu membabitkan 90 rakyat Malaysia dan 92 warga asing.

Katanya, buat masa ini, sembilan individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Advertisements

“Bagi kes pulih, 14 kes dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 9,181 kes bersamaan 93.59 peratus,” katanya di Facebook.

Dr Noor Hisham berkata,  sebahagian besar kes baharu melibatkan Kluster Benteng di Sabah iaitu 167 kes manakala Kluster Sungai dan Telaga di Kedah merekodkan 14 kes.

“Terdapat satu kes import dilaporkan di Selangor melibatkan warganegara Filipina,” katanya.

Beliau menambah, tiada pertambahan kes kematian disebabkan Covid-19 di negara ini dan jumlahnya kekal 128 kes iaitu 1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan