33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Wan Fayhsal persoal ‘lantikan politik’ Asyraf Wajdi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan tindakan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik pemimpin politik bagi mengetuai agensi kerajaan.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, pelantikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) pastinya mencetuskan persoalan apakah akan ada lagi pemimpin dari Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Harapan (PH) akan dilantik pada masa depan.

“Bukankah ini lantikan politik? Adakah ini bermakna lantikan politik dalam kalangan ketua-ketua bahagian dan lain-lain akan terus dibuat oleh kerajaan campuran PH ini? Apa pun tahniah,” katanya menerusi ciapan Twitter hari ini.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melantik bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Mara baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azizah Mohd. Dun.

Advertisements

Sebelum ini tular gambar Ahmad Zahid menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi dalam satu majlis yang berlangsung di kementeriannya, yang mengundang kritikan pelbagai pihak.

Pelantikan itu jelas dipertikai kerana Asyraf Wajdi masih mendapat jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) biarpun tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Lebih mengejutkan, pelantikan tersebut dibuat di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini lantang menentang lantikan politik dalam kerajaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan