28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ahmad Sabki Pengerusi baharu SSM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) melantik Ahmad Sabki Yusof sebagai Pengerusinya yang baharu berkuat kuasa 1 Mac lalu.

SSM menerusi kenyataan memaklumkan, Ahmad Sabki dipilih atas kelayakan akademik dan pengalaman luas yang dimilikinya dalam tadbir urus korporat, pengurusan dan sebagainya.

Advertisements

“Ahmad Sabki yang berkelulusan undang-undang memiliki sarjana Pentadbiran Perniagaan dan sarjana Perbandingan Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan syarikat dan komersial dan pernah memegang jawatan utama di pelbagai syarikat, organisasi dan firma guaman dalam tugasan berkaitan undang-undang komersial, pengurusan, tadbir urus korporat, pematuhan serta pengurusan risiko,” katanya hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan