Wednesday, July 22, 2026

Harga internet lebih murah dengan perluasan liputan 5G

Mesti Baca

LANGKAH peluasan liputan rangkaian 5G yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 mampu menurunkan lagi harga internet yang ditawarkan kepada pengguna ketika ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching berkata, ini kerana Digital Nasional Berhad (DNB) selaku badan yang bertanggungjawab untuk pembangunan rangkaian itu telah menawarkan perkhidmatan 5G untuk RM0.13 sen per gigabit, melalui tawaran akses rujukan.

Menurutnya, harga yang ditawarkan itu lebih rendah berbanding kos perkhidmatan 5G ketika ini pada RM1.68 sen per gigabait.

“Jadi memang kami percaya dengan (langkah) liputan rangkaian 5G diperluaskan lagi, harga internet kita bolehlah diturunkan lagi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu sama ada kos perkhidmatan 5G boleh dikurangkan sekiranya perkhidmatan itu telah dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.

Nie Ching berkata, buat masa ini tahap pelaksanaan perkhidmatan 5G adalah 54.7 peratus dan KKD yakin dapat mencapai sasaran 80 peratus liputan untuk kawasan berpendudukan seperti Cameron Highlands (Pahang) dan Sibu (Sarawak) pada akhir tahun ini.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan kos pelaksanaan perkhidmatan 5G akan terus kekal pada  RM16.5 bilion bagi membolehkan pengguna menikmati Internet pada harga munasabah. – BERNAMA

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan