30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bot kargo tempatan, PATI ditahan Maritim Sandakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot kargo tempatan disyaki cuba membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, bot kargo terbabit ditahan sekitar jam 4.30 petang pada kedudukan sekitar 0.3 batu nautika barat daya Pulau Libaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikemudi tekong lelaki warga tempatan berumur 42 tahun disyaki melakukan perjalanan dari Pulau Boan, Filipina menuju ke Sandakan.

“Hasil pemeriksaan pasukan menggeledah mendapati, terdapat tiga penumpang lelaki di antara umur 35 hingga 63 tahun dan tiga penumpang wanita berumur antara 22 hingga 60 tahun berada di atas bot.

Advertisements

“Seorang daripada penumpang yang diperiksa merupakan pemegang pas IMM13 manakala lima lagi warga Filipina yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Kata beliau, lemeriksaan lanjut turut mendapati lesen bot yang membawa PATI berkenaan telah tamat tempoh.

“Sehubungan dengan itu, bot beserta kesemua penumpang dan tekong ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan