Tuesday, June 16, 2026

SPRM cari Datuk Roy bantu siasatan rasuah Jana Wibawa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

SPRM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan lelaki yang dikesan adalah Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, yang juga dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ dengan alamat terakhir di No. 3, Lorong 3 RRM Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Asyraf Mustafa di talian 013-4405210. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan