30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Kenyataan Hadi gusarkan rakyat, pelabur – Mat Sabu

Abdul Hadi sepatutnya bekerja keras menumbangkan kerajaan sekarang menerusi pilihan raya.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai wujud rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan secara akaun bersumpah (SD) atau melalui undi tidak percaya boleh menggusarkan rakyat dan pelabur.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Abdul Hadi yang merupakan pemimpin Perikatan Nasional (PN) sepatutnya bekerja keras menumbangkan kerajaan sekarang menerusi pilihan raya.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, kenyataan berulang Abdul Hadi untuk menukar kerajaan bukan menerusi pilihan raya hanya akan menakutkan pelabur untuk datang melabur ke negara ini.

“Tindakan veteran dalam politik Malaysia ini amat dikesali. Beliau sepatutnya  beliau menyeru (semua ahli) bekerja kuat untuk sokong PN tumbangkan Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang.

Advertisements

“Bukan secara tebuk atap, bukan Langkah Sheraton dan bukan secara SD kerana perbuatan ini menggusarkan rakyat dan para pelabur.

“Saya berkeyakinan penuh kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertahan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya menerusi video di Facebook malam tadi.

Media melaporkan Abdul Hadi mengakui PN sedang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan mengikut demokrasi termasuk menerusi SD atau usul undi tidak percaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan