27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Ibu sakit kanser akhirnya bertemu anak ‘hilang’ 8 tahun

Kuasa tular dalam media sosial berjaya menyatukan semula hubungan dua beranak yang sudah lama terpisah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HASRAT seorang ibu yang kini sedang terlantar sakit di hospital untuk bertemu anak lelakinya yang hilang tanpa jejak sejak lapan tahun lalu akhirnya termakbul.

Selepas tular pencarian itu di media sosial sejak kelmarin, berita baik berkenaan telah dikongsikan oleh seorang pempengaruh yang juga guru Mohd Fadli Salleh di Facebooknya hari ini.

Lelaki tersebut, Izam Jamaludin, 31, dikatakan telah bertemu dengan ibunya yang terlantar sakit akibat kanser di sebuah hospital.

Mohd. Fadli berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp seorang individu yang memaklumkan Izam berada di hospital dan keadaan lelaki itu sihat.

“Izam baru sampai (hospital). Mak dia seronok, sihat gemuk bulat dia (Izam),” kata individu itu.

Menurut Mohd. Fadli, kuasa tular dalam media sosial berjaya menyatukan semula hubungan dua beranak yang sudah lama terpisah iaitu kira-kira lapan tahun.

Advertisements

“Terima kasih atas usaha semua yang bantu kongsi. Syukur, sempat dia jumpa ibunya. The power of media sosial (kuasa media sosial) ini lain macam perginya,” katanya.

Sebelum ini, beberapa keping gambar dan kad pengenalan Izam tular dalam media sosial bagi tujuan pencarian tersebut.

Dalam hantaran tular berkenaan, pengirimnya memohon jasa baik orang ramai untuk memaklumkan kepada Izam untuk pulang bertemu ibunya yang sakit akibat kanser.

“Mak dia tengah sakit tenat kat hospital… dah seminggu sebut nama dia (Izam). Dah lapan tahun tak dapat dikesan.

“Kali terakhir masa nak pergi praktikal di Baling, Kedah. Tak ada kematian sebab surat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukti pembayaran sampai rumah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan