26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

42 laporan penipuan pelaburan diterima, rugi lebih RM6 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima 42 laporan berhubung skim penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Sencapital’ dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM6,718,395.70.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, skim itu dipercayai aktif sejak penghujung tahun 2022 dengan menawarkan pelaburan berasaskan pembelian saham.

“Pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp yang dinamakan sebagai ‘JP Morgan Business School’.

“Pelabur kemudiannya diminta mendaftar dan membeli saham yang ditawarkan melalui laman sesawang http://sencapital.xyz/.

“Bagi tujuan pembayaran pelabur diminta membuat pindahan wang ke beberapa akaun syarikat yang berbeza.

Advertisements

“Bagaimanapun, bermula Februari 2023, laman sesawang Sencapital berkenaan tidak lagi aktif dan pelabur tidak dapat mengeluarkan wang yang telah dilaburkan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Sehubungan dengan itu, Noorsiah berkata, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menggesa individu yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tersebut untuk tampil membuat laporan,”katanya.

Ujar beliau, PDRM mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan