27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ebit Lew terharu berjumpa hero penyelamat Malaysia di Turkiye

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew berkongsikan momen bertemu dengan pasukan penyelamat Malaysia semasa misi bantuannya di Turkiye.

Ebit Lew turut menangis apabila mendengar kisah pasukan penyelamat yang berjaya mengeluarkan mangsa baik yang hidup mahupun sudah meninggal dunia.

“Alhamdulillah terharu rezeki kami berjumpa hero-hero Dunia dari Malaysia. My Team Relief. Smart Team, Bomba,JPAM, ATM.

FOTO: Facebook Ebit Lew

“Menangis dengar bagaimana mereka berjaya mengeluarkan 52 mangsa. 5 orang keluar dengan selamat. Menangis dengar kesungguhan team Malaysia.

“Hanya Allah yang membalas segala usaha kesungguhan mereka. Mereka tidur dalam khemah untuk keselamatan.

FOTO: Facebook Ebit Lew

“Air sejuk untuk tandas dan mandi. Suhu sampai -12. Tahniah team Malaysia. Allah beri kesihatan dan kekuatan buat semua ya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, dalam hantaran berlainan, Ebit berkongsikan perasaan sedihnya melalui bandar-bandar yang musnah kerana gempa bumi.

“Sepanjang jalan jumpa orang menangis menanti jenazah keluarga mereka. Kehilangan rumah dan segala harta benda. Terutama orang tersayang. Di kala kesejukan teramat. Masih ramai yang trauma.

“Ada yang kehilangan semua anaknya. Ada yang kehilangan baby. Ada yang kehilangan isteri dan semua anak-anak. Ada ibu yang semua anaknya masih belum dijumpai.

“Semua kedai, pasaraya, hotel, rumah musnah. Melihat bangunan tinggi musnah. Jika masih berdiri habis retak dan tiada berani yang dekat. Lihat 4 tingkat menjadi satu.

Advertisements

“Terlihat tilam-tilam bertindih rapat antara tingkat. Di saat tidur bagaimanalah ya Allah. Bau jenazah dan darah. Kesungguhan anggota penyelamat.

“Lihat anggota penyelamat yang bila dapat terjumpa mangsa. Keluarga mangsa menanti di tepi dengan tangisan. Sepanjang kami disini ada juga merasai gempa susulan tapi yang tak besar,” katanya.

Malah, Ebit turut berkongsikan pengalamannya apabila sedang melaksanakan misi bantuan dengan membawa bendera Malaysia.

“Sepanjang jalan jika orang Turki nampak bendera Malaysia tu mereka semua ucap terima kasih Malaysia. Dia jerit pada kawan-kawan. Malaysia, Malaysia. Malaysia.

“Banyak askar dan tentera tabik hormat di jalan. Ada sekatan jalan terus mereka lepaskan. Mereka benar-benar hargai kita. Terharu rasa. Allahuakbar.

Bahkan, Ebit berkata, bantuan berupa selimut, makanan dapat disalurkan dalam masa yang begitu singkat.

“Beli satu lori toto,selimut dan tilam sekejap sahaja habis. Lori kedua yang penuh dengan bahan makanan pun sekejap sahaja habis.

“Anak-anak kecil kita hadiahkan mainan. Teringat macam anak di rumah. Mereka gembira sangat. Anak kecil betul-betul gembira bila kita bercakap dan bersama mereka,” katanya.

Isnin lalu, gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan