26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KPM akan terajui Dasar Pendidikan Digital

KPM juga komited untuk memastikan prasarana dan infrastruktur institusi pendidikan di bawah KPM sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerajui Dasar Pendidikan Digital (DPD) bagi menyambut agenda pendidikan digital negara.

Menurut kenyataan KPM, langkah tersebut seiring dengan keperluan kini dan masa hadapan pendidikan.

“KPM juga komited untuk memastikan prasarana dan infrastruktur institusi pendidikan di bawah KPM sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif melalui projek menaik taraf atau penggantian blok bangunan sekolah daif.

Advertisements

“Dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET), ia akan terus diperkasa untuk melahirkan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri dan negara menerusi pendekatan usaha sama antara pihak awam dan swasta,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah, KPM telah memperkasakan penggunaan Modul Intervensi Jenayah Seksual Kanak-kanak di Sekolah (IHSAN) selain membuat penelitian dan semakan berkaitan peraturan-peraturan disiplin murid yang lebih komprehensif.

“KPM akan terus berusaha untuk memastikan seruan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan