25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ngeri, doktor keluarkan ular hidup dari mulut wanita

Mesti Baca

MOSCOW – Satu klip video merakamkan detik-detik mengerikan dialami pasukan perubatan Rusia apabila mengeluarkan seekor ular sepanjang 1.2 meter yang masih hidup daripada mulut seorang remaja perempuan.

Memetik laporan Mail Online, ular yang tidak diketahui spesiesnya itu memasuki dalam tubuh wanita yang tidak didedahkan namanya semasa dia sedang tidur di luar rumah.

Kejadian itu dilapor berlaku di kediaman perempuan tersebut di Kampung Levashi, Dagestan.

Oleh kerana rasa tidak sihat, wanita muda itu dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Klip itu menunjukkan tangan seorang doktor lelaki yang memakai sarung tangan mengeluarkan reptilia tersebut selepas dia memasukkan tiub pada tekak perempuan berkenaan.

https://www.dailymail.co.uk/embed/video/2239726.html

Ketika pembedahan yang jarang dilakukan itu berlangsung, seorang doktor dapat didengar berkata:”Mari lihat apakah ini”.

Advertisements

Seorang anggota perubatan wanita kemudiannya memegang ular itu dengan ekspresi muka menakutkan sebelum menarik keluar reptilia daripada mulut wanita muda tersebut.

Dia yang terkejut kemudiannya melompat ke belakang dan staf perubatan lain menjerit selepas menyedari panjang ular itu.

Reptilia itu kemudiannya dicampak pada bekas perubatan.

Namun masih tidak jelas sama ada ular itu masih hidup atau berapa lama ia berada di dalam badan wanita tersebut.

Nasib ular itu sama ada mati atau hidup masih tidak diketahui.

Kementerian kesihatan di Dagestan bagaimanapun belum mengulas insiden itu.

Menurut penduduk tempatan,insiden itu jarang berlaku dan mereka menasihatkan orang muda supaya tidak tidur di luar rumah, bimbang ular akan memasuki badan mereka 

Malah, ada dalam kalangan netizen mendakwa makhluk itu mungkin sejenis parasit atau cacing gergasi yang terlalu besar untuk makhluk pada video tersebut.- Edisi9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan