31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Beri wang PRK Slim: Noh dedah individu tabur fitnah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar hari ini memuat naik empat tangkap layar individu yang memfitnahnya berhubung penularan gambar beliau yang didakwa memberikan wang semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Slim.

Menurut ahli Parlimen Tanjung Karang itu, sejak laporan polis dibuat, beliau difahamkan individu yang memuat naik hantaran itu telah memadamnya.

Noh Omar dedah individu firnah beliau menerusi media sosial.

Katanya, sebanyak lima laporan polis dibuat berhubung isu itu.

“Ini adalah tangkap layar fitnah yang barua-barua PH cuba buat dan juga gambar asal posting saya pada 2018 yang mereka ambil untuk fitnah saya.

“Kenapa delete (padam)? Tangkap dan siasat,” tegas Noh di Facebook.

Pada hantaran itu, Noh turut memuatnaik hantaran asal berhubung gambar pemberian wang itu yang bertarikh 2 Februari 2018.

Program dihadiri Noh itu ketika beliau menyampaikan sumbangan bantuan awal persekolahan di sebuah sekolah di Parlimen Tanjong Karang.

“Kami tidak mahu kemenangan besar Barisan Nasional di Slim terjejas akibat fitnah yang mereka lemparkan,” tambah Noh.

Kelmarin, gambar Noh memberikan wang pada satu majlis tular dan gambar itu dikaitkan dengan kemenangan besar BN pada PRK Slim. – Edisi 9

Baca juga:   Kamarul Zaman saman fitnah dua penyokong PH

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan