27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Pemandu Toyota Camry putih ditahan polis

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Polis menahan pemandu sebuah kereta yang menyebabkan kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng sebuah motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak kira-kira pukul 3 petang hari ini.

Memetik Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohd Daud berkata, pemandu kenderaan itu kini sedang disiasat  pihak polis.

“Pelaku berjaya ditangkap dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya, hari ini.

Tular dua rakaman di media sosial hari ini  apabila sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih bertindak melalui lorong kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan kepada seorang penunggang dan pembonceng motosikal di laluan Karak menghala ke Kuala Lumpur.

Klip masing-masing berdurasi seminit itu tular dengan meminta orang ramai menularkannya agar pelaku dapat dikesan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sebuah video merakamkan berlaku kemalangan sehingga mengakibatkan penunggang dan pembonceng motosikal melambung ke atas jalan dan dilanggar pemandu kenderaan itu yang terus memecut kenderaannya.

Pemandu Toyota Camry menukar laluan dipercayai tidak menyedari kehadiran motosikal dari belakang

Satu lagi video menunjukkan tindakan pemandu Toyota Camry tersebut cuba memotong kenderaan dengan memasuki sebelah kiri laluan kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan kepada motosikal yang datang dari arah belakang.

Sementara itu, maklumat peribadi pemandu terbabit turut ditularkan orang ramai.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai identiti pemandu dan juga kecederaan yang dialami oleh penunggang dan pembonceng motosikal terbabit masih belum diperoleh.

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan