31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PM ucap tahniah kepada Hamidin terpilih Ahli Majlis FIFA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri juga berharap pelantikan itu dapat memberi nafas baharu kepada sukan bola sepak negara.

“Selamat bertugas dan semoga pelantikan ini membawa suatu nafas baharu kepada bola sepak negara,” katanya.

Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Kongres AFC Ke-33, di Pusat Konvensyen Gulf di Manama, Bahrain, semalam.

Advertisements

Hamidin, yang sebelum ini Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, menerima 30 undian.

Beliau adalah antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis FIFA dari 2015 hingga 2019.

Manakala Tan Sri Hamzah Abu Samah, menyandang jawatan Naib Presiden FIFA selama lapan tahun iaitu dari 1982 hingga 1990. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan