31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Pesara maut, motosikal bergesel dengan lori

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori dalam kejadian pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.35 pagi di Jalan Dengkil – Air Hitam itu, mangsa yang juga pesara berusia 67 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian berlaku, lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Dengkil ke Shah Alam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan bergesel dengan sebuah lori berkenaan di laluan sama.

Advertisements

“Akibat insiden itu, menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya dan dirempuh lori yang sama.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik sebelum mayat di bawa ke Hospital Putrajaya untuk urusan bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus – PM

PENJAWAT awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam...

Lagi Artikel Berkaitan