25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Seorang maut, dua parah nahas enam kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG maut, manakala dua lagi parah dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di Lebuh Raya Persekutuan, susur keluar Bukit Raja dekat Shah Alam, pagi tadi.

Mangsa yang maut seorang berusia 57 tahun dan berstatus penduduk tetap akibat mengalami kecederaan parah.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.47 pagi.

“Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama enam anggota terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, siasatan mendapati, kemalangan membabitkan enam kenderaan yang berlanggar dari arah belakang secara berturut-turut.

Advertisements

“Akibat daripada perlanggaran terbabit, tiga mangsa tersepit yang mana dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam.

“Kedua-dua mangsa cedera parah dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, pigak bomba menjalankan operasi penyelamatan dengan menggunakan konsep RECEO.

“Konsep RECEO adalah pemotongan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan operasi tamat pada jam 8.49 pagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan