27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Anwar, 221 ahli Parlimen angkat sumpah di hadapan Speaker

Giliran majlis angkat sumpah itu dimulai dengan ahli-ahli Parlimen kerajaan, yang didahului barisan menteri dan timbalan menteri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua, Datuk Johari Abdul hari ini.

Ia diikuti dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Majlis angkat sumpah itu diteruskan dengan ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke serta Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu.

Giliran majlis angkat sumpah itu dimulai dengan ahli-ahli Parlimen kerajaan, yang didahului barisan menteri dan timbalan menteri sebelum disusuli blok pembangkang.

Terdahulu, Johari dipilih sebagai Yang di-Pertua Rakyat dengan 147 undi mengatasi calon blok pembangkang, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad.

Advertisements

Dalam pada itu, Anwar menerusi media sosialnya berkata, tanggungjawab berkenaan akan digalas dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat sebagai tonggak utama.

“Alhamdulillah, secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok.

“Kami akan bekerja sesungguhnya dengan menjunjung peranan institusi Parlimen dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan