Sunday, June 14, 2026

Undi percaya: Anwar yakin dapat sokongan dua pertiga, Isnin ini

Untuk rekod, Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kelima Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung pada 19 dan 20 Disember.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau mendapat sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen dalam sidang khas Parlimen, Isnin ini.

Beliau menyatakan keyakinan itu berdasarkan komitmen yang diberikan ketua-ketua parti seperti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurutnya, ini termasuk sokongan daripada parti-parti lain dan kesemua mereka diyakini dapat meneruskan kebersamaan dengan baik.

“Saya minta saudari (wartawan) doakan sebaiknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Untuk rekod, Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kelima Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung pada 19 dan 20 Disember.

Ini merupakan sidang Dewan Rakyat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan secara tradisinya terdapat aturan yang perlu disempurnakan pada setiap permulaan sesuatu Parlimen.

Sebelum ini, Anwar memutuskan untuk mengadakan usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, langkah itu penting bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik, selain penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan