27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pasangan kekasih ditangkap buang bayi dalam sungai

Mayat bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASANGAN kekasih ditangkap di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, dipercayai terlibat dalam kes buang bayi ke dalam sungai, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Dr. Mohd. Roslan Mohd. Tahir berkata, dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 28 tahun.

Menurutnya, siasatan dibuat mendapati kedua-dua suspek merupakan pasangan kekasih dan dipercayai adalah ibu bapa kepada bayi berkenaan.

“Polis mengesan beberapa gambar dan satu rakaman video tular yang menunjukkan penemuan seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam sebuah parit di Kampung Melayu Pandan.

“Penemuan tersebut turut dilaporkan seorang pengadu iaitu seorang wanita berusia 33 tahun yang menemukan mayat bayi tersebut pada pukul 11.50 pagi, semalam.

Advertisements

“Mayat bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd. Roslan berkata, bertindak atas maklumat, polis telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai ibu bapa kepada bayi malang tersebut dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 1 petang hingga 1.30 tengah hari, hari sama.

Menurutnya, semakan ke atas suspek yang bekerja sebagai operator kilang itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan tidak mempunyai hubungan suami isteri.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas beberapa barangan antaranya t-shirt dan kain sarung yang terdapat kesan darah, dua telefon bimbit dan juga beberapa ubat seperti Ciproglen, Fenagessic, Anarex dan Spasmin,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan