27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Zambry ketuai delegasi Malaysia ke Sidang ASEAN-EU

Ini merupakan julung kali penampilan beliau di luar negara setelah dilantik sebagai Menteri Luar pada 3 Disember lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium pada Rabu ini.

Menurut Wisma Putra, beliau selaku wakil khas Perdana Menteri akan diiringi pegawai kanan Kementerian Luar Negeri.

“Sidang yang julung kali diadakan ini melibatkan pemimpin negara anggota ASEAN dan EU.

“Sidang Kemuncak ini dijangka akan membincangkan hala tuju hubungan dialog dua blok tersebut.

“Perbincangan itu turut merangkumi kerjasama politik dan keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya, perubahan iklim, keselamatan makanan serta pembangunan mampan,” kata Wisam Putra dalam kenyataan hari ini.

Ini merupakan julung kali penampilan beliau di luar negara setelah dilantik sebagai Menteri Luar pada 3 Disember lalu dalam Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca juga:   Budak jatuh dari tingkat 16 ada unsur cuai, abai - Polis

Esok, Zambry dijadualkan menghadiri sesi C-Suite Luncheon anjuran Majlis Perniagaan ASEAN-EU dengan acara libat urus bersama-sama para pemimpin perniagaan Eropah.

Beliau turut akan diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong dan para pegawai kanan dari kementerian berkenaan pada program itu.

“Di sela sidang kemuncak ini, Malaysia dan EU dijadualkan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Perkongsian dan Kerjasama Pelbagai Bidang.

“Perjanjian ini menyasar untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk hubungan politik, perdagangan dan pelaburan, tenaga, pengangkutan, pertanian, kewangan dan maritim,” jelasnya.

Baca juga:   Perodua manfaat pertumbuhan, kembang kapasiti tahun ini

Penyertaan Malaysia ke sidang kemuncak itu mencerminkan komitmen negara untuk memperkukuhkan hubungan dialog ASEAN-EU

Ia juga merupakan peluang untuk Malaysia berkongsi pandangan mengenai isu-isu berkepentingan startegik. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bot nelayan tempatan tiada lesen ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas didapati gagal mengemukakan lesen...

Lagi Artikel Berkaitan