26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Lelaki ditemui lemas, tersepit celah batu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras dan tersepit di celah batu di Sungai Semungkis, Hulu Langat hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.40 pagi tadi.

“Seramai lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan seorang lelaki berusia 22 tahun dikenali sebagai Hussain Hakimi, lemas selepas dihanyutkan arus deras dan tersepit di celah batu di sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) jam 11.53 pagi tadi.

“Mangsa berjaya dibawa naik oleh pasukan bomba jam 1.21 petang tadi dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan