24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Gabungan UMNO-PH di Perak resipi untuk bencana

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) di negeri Perak adalah suatu resipi untuk bencana.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan ini mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahawa pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa.

“Kami juga tertanya-tanya dimanakah keputusan Perhimpunan Agung UMNO ‘No Anwar, No DAP’?

“PN Perak tetap dengan pendirian untuk menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Sehubungan dengan itu, tegas beliau, PN negeri tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang didalamnya ada parti DAP yang ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu atau dengan mereka yang tercemar dengan masalah rasuah.

Terdahulu, media melaporkan status ringkas yang dimuat naik Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dalam Facebook beliau hari ini, menguatkan lagi gabungan kerjasama yang akan terbentuk.

Advertisements

Tulisnya, Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN).

Kenyataan itu sekali gus mengesahkan kenyataan media bersama PH dan BN yang tular sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan secara bersama telah memenangi 33 kerusi majoriti di Dewan undangan negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022.

“Demi kepentingan rakyat dan negara, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Perak telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Perak dan maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa yang terdekat,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan terbaharu itu menyebabkan Istana Kinta di Ipoh menjadi tumpuan media sejak dari jam 11 pagi tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan